Tuesday, August 10, 2021
TRANSFORMASI BILIK j-QAF ( RAUDHATUL ILMI )
Alhamdulillah, dapat membantu rakan-rakan Panitia Pendidikan Islam SKPHD mentransformasikan bilik j-QAF dengan nama baharu iaitu bilik Raudhatul Ilmi. Hasil Lawatan Penolong PPD Pendidikan Islam Sektor Pembelajaran PPD Kubang Pasu Ustaz Mohd Rokhaimi bin Zakaria ( jawatan sekarang Penolong Pengarah Pendidikan Swasta JPN Kedah ) beliau memberi pandangan agar bilik j-QAF SKPHD diberikan nafas baharu yang lebih segar supaya ia digunakan bagi tujuan pembelajaran dan dijadikan bilik gerakkan untuk Panitia Pendidikan Islam. Selain itu, bilik Raudhatul Ilmi akan dijadikan bilik pembelajaran untuk kelas KAFA tahun 4. Masih lagi dalam pembikinan dan akan siap sepenuhnya tidak lama lagi. In Sha Allah zaman kegemilangan akan kembali.
Monday, August 2, 2021
LEMBARAN BAHARU TAHUN 2021
Alhamdulillah 2021 buka Lembaran Baharu, bertukar ke Sekolah Baharu Sekolah Kebangsaan Penghulu Darus dari Sekolah Kebangsaan Kota Rentang. Terima kasih warga Sekolah Kebangsaan Kota Rentang. Berkhidmat selama 13 tahun. Selamat datang ke blog Ustrony dan selamat berkenalan. Blog ini berkaitan dengan diri sendiri yang akan saya kongsikan selagi terdaya.
Subscribe to:
Comments (Atom)




























